Monday 6 January 2014

Perancangan Untuk Katering

INDUSTRI KATERING


Katering ialah perkhidmatan makanan yang dibekalkan kepada pelanggan oleh pengusaha makanan.

Istilah katering diambil dari perkataan bahasa Inggeris catering dari kata akar ‘cater’.
Ia membawa makna penyajian makanan.

 

PERANCANGAN UNTUK KATERING


Katering merupakan satu bidang yang boleh juga dikatakan perniagaan sosial. Mereka yang
menjalakan perniagaan katering perlu bersifat suka beramah dengan tetamu, mempunyai 
sikap mengendahkan pelanggan yang berkunjung di kedainya dan mengambil berat tentang apa yang mereka makan. Menyedia makanan dan melayan pelanggan merupakan tanggungjawab yang berat kerana pelanggan sememanggnya mengharapkan segala urusan dikendalikan dengan baik dan teliti.



Berikut merupakan fakta-fakta yang perlu diambil kira sebelum merancang untuk menjalankan perniagaan katering.
  1. Keadaan kewangan
  2. Jenis perniagaan yang ingin diceburi
  3. Lokasi perniagaan
  4. Mengambil pekerja yang sesuai
  5. Keperluan undang-undang
  6. Makanan dan minuman
  7. Alat-alat dapur dan perkhidmatan
  8. Perabot
  9. Pengurusan operasi harian
  10. Pemasaran dan penjualan
Tujuan utama dalam perniagaan katering ialah:
  1. Untuk meyediakan hidangan yang mengandungi khasiat pemakanan yang sempurna
  2. Untuk memberikan layanan kepada pelanggan yang memuaskan
  3. Untuk menyediakan hidangan yag berselera
  4. Untuk mendapatkan keuntungan
  5. Untuk menunjukkan kepakaran mengusahakan katering kepada pelanggan 
Industri perkhidmatan makanan telah berkembang dengan pesatnya di negara kita. Perkembangan itu adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk. Faktor-faktor sosial dan ekonomi juga mempengaruhi industri makanan disamping perkembangan industri pelancongan juga mempengaruhi industri makanan.

Wednesday 1 January 2014

Apa itu Seni Kulinari?

Seni Kulinari
  • Pendedahan kepada aspek latihan yang khusus dan agresif 
  • Kurikulum yang mekankan kepasa asas penting dalam bidang kulinari 
  • Membina minat dan ketabahan dalam seni kulinari 
  • Membuka peluang keusahawanan dalam bidang kulinari
  • Pelajar yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang kulinari 
  • Mereka yang mempunyai minat untuk menceburi bidang keusahawanan 
  • Pelajar yang ingin mengukuhkan diri dengan kemahiran kulinari dalam pelbagai jenis juadah seperti Masakan Melayu, Timur Tengah, Eropah, Cina dan banyak lagi.
Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Pengajian ini merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

Diploma Seni Kulinari memfokus kepada kecekapan kulinari, latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari, pengurusan dan penempahan stok.




DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI:

Membuat Pasta
Memperkenalkan teknik membuat dan mencanai dengan menggunakan perkakas yang ditentukan.

Membuat "trussing"
Memperkenalkan cara sempurna mengikat ayam yang sudah dipersasakan sebelum ianya dibakar di dalam ketuhar.

Pengurusan Dapur
endedahkan pelajar kepada teknik-teknik pengurusan dapur, menjadual tugasan dan lain-lain

Keselamatan makanan dan sanitasi
Menggarap pelajar dengan teknik-teknik seperti menggunakan pelbagai jenis papan memotong yang mempunyai kod warna berbeza, jangkasuhu berbeza bagi setiap jenis makanan untuk pengendalian selamat, pencegahan pembiakan bakteria makanan dan banyak lagi.

Prospek Kerjaya

Pelajar berpeluang untuk menceburi pelbagai industri seperti:-
  • Hotel
  • Resort
  • SPA
  • Kapal Persiaran
  • Restoran
  • Bistro
  • Katering penerbangan
  • Restoran sendiri
Peluang Pekerjaan Sebagai:
  • Chef Eksekutif
  • Usahawan
  • Pengkritik Makanan
  • Chef Penyelidikan & Pembangunan
  • Chef Khusus
  • Chef Selebriti
  • Commis
  • Katerer