Tuesday 1 July 2014

Restoran

INDUSTRI KATERING


RESTORAN


Di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis restoran yang berbeza dari segi reka bentuk jenis perkhidmatannya dan lain-lain lagi.

Jenis-Jenis Restoran

Restoran Khusus (Speciality Restaurant) - Restoran ini menyediakan hanya hidangan tertentu sahaja seperti 'Kentucky Fried Chicken', 'Mc Donalds' dan 'A&W'. Restoran seperti ini selalunya mempunyai francais menu, pakaian seragam dan perkhidmatan yang serupa di mana-mana tempat sekalipun.

Restoran Pesanan Segera (Short Order Restaurant) - Makanan pesanan segera adalah seperti warung Medan Selera yang menjualkan makanan yang ditempah dalam masa yang cepat seperti mi goreng, Yong Tau Foo dan lain-lain lagi.

Perkidmatan Layan di Meja dan Kaunter (Counter and Table Servive) - Perhidmatannya merupakan kombinasi layanan di meja makan dan di kaunter. Kebanyakan tempat perkhidmatan maakanan dan restoran dan di hotel mengadakan penjualan jenis ini. Walaupun layanan meliputi dua cara tetapi penyediaan makanannya menggunakan dapur yang sama.

Restoran dengan Perhidmaan Layan di Meja (Restaurant with Table Service Only) - Restoran ini selalunya berkualiti dan layanannya hanya satu cara sahaja iaitu layanan di meja makan.

Restoran Perhidmatan yang Dikhususkan Layan di Meja (Specialized Table Service Restaurant)  - Restoran jenis ini biasanya terdapat di kelab malam yang biasanya dihiburkan dengan muzik dan nyanyian serta tari menari. Restoran jenis ini juga mempunyai layanan dan hiasan serta kelengkapan khas.

1 comment:

  1. How to Play Baccarat in 2021 | Live Baccarat and More
    Playing Baccarat is a fast-paced game, หาเงินออนไลน์ that is extremely fast in terms of gameplay, in which you play with a 바카라 whole 메리트카지노 deck of cards as you unfold. This is the

    ReplyDelete